
ANDA SELALU MENJADI PAKAR RUJUK DALAM BISNES?
NAK BANTU USAHAWAN MELALUI KAEDAH COACHING?
NAK TAHU CARA DAN KAEDAH ASAS BISNES COACHING?
Kejayaan besar mahupun kecil dalam bisnes menyebabkan ramai yang ingin tunjuk ajar dari kita. Menjadi seorang Bisnes Coach bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya perlu ada kemahiran tertentu untuk melakukan Business Coaching. Membantu usahawan bukan sekadar mendengar dan terus memberi cadangan kerana itu bukanlah kaedah coaching yang sebenar.
BENGKEL ASAS BISNES COACHING (ABC) : Mendedahkan teknik yang mudah untuk diaplikasikan sebagai seorang bisnes coach
APA YANG BEST SAYA DAPAT DALAM BENGKEL INI?
MODUL 1:
Anda akan mempelajari mindset seorang bisnes coach dan kriteria seorang bisnes coach yang berkualiti. Selain dari itu anda juga akan memahami tentang prinsip Evolusi seorang Bisnes Coach.
MODUL 2:
Macam mana nak mula ya? Bila orang datang menceritakan masalah bisnes atau bertanyakan pendapat pada anda, apa reaksi pertama yang anda perlu buat ya? Ada beberapa kemahiran yang perlu dipelajari sebelum, semasa dan selepas sesi coaching.
Saya akan rungkaikan satu persatu! Amacam?
MODUL 3:
Menjadi seorang bisnes coach, ‘tools’ akan memudahkan sesi coaching anda. Sesi ini anda akan mempelajari pelbagai ‘tools’ dan ‘template’ yang membantu memudahkan sesi coaching anda
MODUL 4:
Sepanjang bengkel berlangsung, akan ada demo coaching yang dilakukan untuk memudahkan lagi pemahaman dalam pembelajaran yang disampaikan
Selain itu, pelan tindakan sebagai persediaan untuk menjadi seorang bisnes coach akan dilaksanakan dalam sesi ini.
PEDAS Business Coaching bersama Usahawan Misiput - Mak Jah
BEP Coaching INSKEN bersama Puan Siti Roziah Adam
SIAPA COACH EJUL LUTFI?
Coach Ejul Lutfi adalah seorang Bisnes Coach menjalankan personal dan group coaching kepada usahawan yang ingin memajukan perniagaan masing-masing. Coach Ejul Lutfi adalah Certified NLP Coach di bawah Akademi NLP dan Professional Certified Business Coach dari CEDAR. Beliau juga dilantik sebagai Biskaunselor oleh INSKEN dan Master Trainer eUsahawan dibawah MDEC.
Selain menjalankan bisnes coaching secara personal, beliau juga aktif membantu agensi menjalankan coaching kepada usahawan-usahawan mereka. Antara siri coaching yang pernah dan sedang dijalankan adalah VEST Business Coaching dibawah PNS, Business Enhancement Program bawah INSKEN, Digital Small Business Accelerator Coaching bawah MDEC dan Perkhidmatan eDagang Setempat (PEDAS) di bawah MDEC juga.
Coach Ejul Lutfi telah dianugerahkan Best Pusat Internet Desa (PID) Coach tahun 2019.
KENAPA COACH EJUL BUAT BENGKEL NI?
Coach Ejul telah melakukan bisnes coaching setiap bulan selama 5 tahun kebelakang ni. Ini adalah tahun yang ke-5 beliau sebagai bisnes coach. Tahun ini juga adalah tahun yang ke-12 Coach Ejul terlibat sebagai usahawan secara sepenuh masa.
Coach Ejul melihat dari 2 sudut, setiap usahawan di Malaysia ini terutama IKS (Industri Kecil Sederhana) perlukan Coach dan Mentor dalam bisnes mereka. Sebab apa? Coach Ejul melihat pengalaman beliau jatuh bangun tanpa Coach dan Mentor amat memeritkan. Coach Ejul bangkit semula dengan cepat dalam bisnes setelah beliau sendiri mempunyai Coach dan Mentor. Apabila beliau mula menjalankan sesi coaching dan mentoring, beliau melihat usahawan di bawah seliaan beliau juga lebih terarah dan lancar dalam menjalankan bisnes mereka
Kedua, bisnes coach di negara kita ini masih sedikit. Sedangkan ramai usahawan perlu dibantu. Ramai yang dah berjaya dalam perniagaan masing-masing tapi tiada kemahiran dalam coaching dan mentoring. Belum kira lagi yang tidak berminat.
Seorang bayi mempunyai ibu dan ayah sebagai coach dan mentor untuknya berjalan. Dengan adanya mak ayah, sang bayi boleh berjalan dengan cepatnya
Seorang usahawan perlukan coach dan mentor. Usahawan perlu motivasi dan bimbingan tatkala jatuh dan bangkit untuk capai visi dan matlamat dengan lebih cepat. Coach dan mentor adalah seperti ibu dan ayah kepada bayi yang ingin belajar berjalan
Coach Ejul dianugerahkan Award Best Pusat Internet Desa (PID) Coach 2019 dari MDEC
BELAJAR 1 HARI BUKAN BOLEH JADI CERTIFIED COACH PUN...
Betul, bengkel ini bukan bertujuan untuk melahirkan Certified Business Coach. Tapi bengkel ini memberi pendedahan bagaimanakah cara coaching yang betul terhadap usahawan dan membuka mata lebih ramai lagi yang berminat dalam menjadi seorang bisnes coach
SAYA TAKUT NAK JADI BISNES COACH, NANTI SALAH NASIHAT, SAYA DIPERSALAHKAN
Kalau takut nak jadi bisnes coach, jangan masuk kelas ini. Jangan ada niat nak bantu usahawan. Of Course ada sedikit perasaan dalam diri, kalau aku jadi bisnes coach, nanti aku salah advice, usahawan tak berjaya, dia salahkan aku balik. Jawapannya, sebab tu Coach Ejul adakan bengkel ini untuk ubah persepsi tentang ini. Percayalah apabila anda tahu tentang asas business coaching ni, usahawan takkan salahkan anda di kemudian hari, malah akan berterima kasih kepada anda.
LEPAS HADIR KELAS INI, BOLEHKAH SAYA BERGELAR COACH?
Coach adalah satu gelaran. Gelaran dimana orang yang layak bergelar coach adalah orang yang mengamalkan kemahiran coaching ini. Untuk mengamalkannya dengan betul perlu ada ilmu. Ilmu ada 2 cara iaitu formal dan informal. Formal datang dari program-program certification yang dianjurkan oleh badan yang berkelayakan. Informal datang dari pengalaman dan pembelajaran secara praktikal selepas mempelajari kaedah coaching. Maka gelaran coach akan diberikan bergantung kepada organisasi coach yang berkelayakan. Sebagai contoh, syarat antarabangsa International Federation Coach (ICF), untuk melayakkan anda bergelar coach, perlu menghadiri program sertifikasi dan menjalankan sesi minimum 100 jam dan 75 jam daripadanya adalah sesi berbayar, minimum 8 orang yang perlu dicoach. Ianya tak jauh beza dengan badan sertifikasi di Malaysia dan juga Indonesia. Apapun menghadiri kelas ini tidak melayakkan anda secara rasmi bergelar coach, tapi sekurang-kurangnya anda telah bermula mengamalkan kaedah coaching dalam sesi anda bersama usahawan.
Ok, jelas Coach!
Soalan seterusnya, berapa kos bengkel ni?
Program Asas ini akan berjalan selama sehari. Kalau ikutkan program certification perlu ambil masa 3-5 hari dan kosnya sahaja mencecah RM3,000. Kalau dibahagikan kepada 5 hari, tak lari dari harga RM600/pax sehari. Belum cerita lagi pengalaman Coach Ejul selama lebih kurang 5 tahun menjalankan sesi coaching ini dan lebih 10 tahun sebagai usahawan sepenuh masa. Hanya anda sahaja yang boleh menilainya.
Tapi,
Puas Coach Ejul berfikir dalam keadaan sekarang berapa harga paling bersesuaian untuk anda belajar perkara ini. Akhirnya Coach Ejul membuat keputusan untuk meletakkan Value program ini RM250/pax...
NANTI!
Disebabkan julung kali diadakan
Coach Ejul berbesar hati untuk memberi harga istimewa untuk 40 orang yang terawal berdasarkan jadual di bawah. Selepas itu, harga akan terus naik ke harga Normal jika anda lambat buat keputusan. Boleh lihat table di bawah. Rebut harga Early Bird untuk 20 orang yang PERTAMA sekarang!
Harga akan terus naik jika anda lambat buat keputusan.
Sebarang pertanyaan, whatsapp ke 012-640 7477
1. Harga Tiket EARLY BIRD (Untuk 20 orang yang PERTAMA sahaja) | RM97 |
2. Harga TIKET PROMO (10 orang seterusnya) | RM117 |
3. Harga TIKET LAST CALL (10 orang seterusnya) | RM137 |
4. Harga Tiket NORMAL (10 orang terakhir) | RM250 |